Sunday, May 10, 2009

Nik Abdul gagal rebut Ketua Pemuda PAS K'tan

Nik Abduh Nik Abdul Aziz - gagal merebut jawatan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu hari kelmarin.

Nik Abduh yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun.

Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.

Nama Nik Abduh mulai menjadi bualan ramai kalangan pemerhati politik selepas beberapa akhbar memetik tulisan dalam blognya yang menyentuh isu kepimpinan ulama dalam PAS.

Tulisannya yang saya terbitkan dalam blog ini juga mendapat reaksi pelbagai dari pengunjung.

Sementara itu seorang peguam Hisham Fauzi dipilih sebagai naib ketua dewan tersebut.

Beliau mengalahkan dua calon lain, iaitu Zamsuri Mohamad dan penyandangnya, Dr Rusli Allani Abdul Kadir.

No comments: