Thursday, May 14, 2009

Amanat Tok Guru : Keamanan 13 mei




Tok Guru bsama Tim.Menteri Besar dan Husam


Tuesday, May 12, 2009

Ini keputusan nya



Pening pening..
bosan bosan...

Nasib baik P.Ramlee dah meninggal dunia... Munkin umur nya panjang, P.Ramlee akan di gam oleh pihak penyiaran... akibat kerajaan lakon layar p.ramlee... semua ingt ceritu tsebut..

Lps p/raya Nizar sebagai MB, pastu kena rampas oleh 'malaun"..

Skrg MB besar silih berganti... satu rekod baru dlm malaysia munkin dlm dunia...
Thailand munkin jiran terdekat yg kerap tukar pemimpin.. nmpk nya perak dlm negara malaysia dah menjuarai rekod kekerapan tukar pemerintah.. dlm dua bulan dah 4 kali tukar MB... (bertukar dlm ertikata yg haram).. baru kemarin nizar di istihar oleh mhkamah tinggi, petang arini "zam'biri" pula jd MB. episod halau menghalau terjadi di pejabat SUK. Rakyat dah bosan..
Bukan saja ADUN perak yg perlu di bubar kan, semestinya Parlimen yg perlu di bubar bersama dgn dewan ADUN perak.. Najib mmg patut letak jawatan, NAJIB KENA DI DAHULUKAN.. Semuanya ini angkara najib iaitu suami kpd rosmah mansor.

Ketahui lah, bukan saja rakyat perak yg asyik bincang pasal isu ini, malah kami di pasir mas riuh rendah di kedai kopi. malah banyak juak-juak umno dah jemu dah reti dgn undang-undang rimba ini. Ayuh anak muda, kamu bakal pemimpin masa depan. Hayati lah kepincangan pemerintah BN meragut kuasa dari rakyat, raja di pergunakan...

ini lah slogan era najib "rakyat di dahulukan". mmg rakyat di dahulukan, dahulukan dgn penderitaan.

Dr Ramzi di tahan polis


KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada 13 April lalu.

Ugutan bunuh itu berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”

Polis mempunyai bukti bahawa beliau terbabit menghantar SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamil yang mengesahkan penangkapan tersebut.

Semalam, polis mendapatkan perintah waran tangkap kepadanya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberikan untuk memberi keterangan mengenai sms ugutan itu yang berakhir pada jam 3 petang semalam.

Pada malan 13 April lalu, Ramzi turut mengiringi Zakaria dan Abdul Halim membuat laporan polis berhubung sms ugutan bunuh itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Beliau yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai calon BN bagi Parlimen Marang tewas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747 undi.

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/05/polis-tahan-dr-ramzi.html


Mahkamah Rayuan terima permohon penangguhan

Berita TV3 1.30 Mahkamah rayuan sebentar tadi menerima permohonan penangguhan nizar sebagai mb perak..

alahai... apa nk jadi...

Tuanku!!! patik mohon dewan di bubar kan dgn segera.. sembah daulat tuanku

Mahkamah Rayuan Bersidang serta merta

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/05/mahkamah-rayuan-bersidang-serta-merta.html

Menteri Besar yang sah.

IPOH, 12 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK jam 7.31 pagi tadi selepas mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.



Turut bersama rombongan itu ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Difahamkan seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam. Untuk itu hanya Nizar dan lapan Exconya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.

Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dan mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang dihantar oleh pembantu Nizar sendiri kepada pihak istana.

Monday, May 11, 2009

Surat Tok Guru Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis

walau pun surat ini dah lama berlalu, tp sy akan jadikan satu koleksi peribadi saya yg amat bernilai, munkin akan jd satu sejarah dlm perkembangan agama islam di malaysia. hayati lah kandungan nya...

3 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Sunday, May 10, 2009

Nik Abdul gagal rebut Ketua Pemuda PAS K'tan

Nik Abduh Nik Abdul Aziz - gagal merebut jawatan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu hari kelmarin.

Nik Abduh yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun.

Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.

Nama Nik Abduh mulai menjadi bualan ramai kalangan pemerhati politik selepas beberapa akhbar memetik tulisan dalam blognya yang menyentuh isu kepimpinan ulama dalam PAS.

Tulisannya yang saya terbitkan dalam blog ini juga mendapat reaksi pelbagai dari pengunjung.

Sementara itu seorang peguam Hisham Fauzi dipilih sebagai naib ketua dewan tersebut.

Beliau mengalahkan dua calon lain, iaitu Zamsuri Mohamad dan penyandangnya, Dr Rusli Allani Abdul Kadir.

Friday, May 8, 2009

Kenyataan Media ADUN Titi Serong

Berikutan dengan insiden malang dan memalukan dalam sejarah demokrasi di Perak dan di Malaysia dengan ini dengan rasa penuh tanggung jawab saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan atas nama seorang ADUN Negeri Perak dan sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat:

Kenyataan saya seperti berikut :

1. Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya tindakan UMNO dan BN yang menggunakan pasukan Polis yang dibawa secara haram untuk mempertahankan tindakan haram mereka. Ekoran dari tindakan yang menyalahi undang-undang ini mengundang kekecohan dalam dewan negeri secara terancang dan menjayakan usaha BN untuk merampas kerusi Speaker secara tidak sah.

2. Sebagi orang yang diamanah untuk menjaga Kelab Penyokong saya juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pasukan polis yang bertindak secara kasar dan ganas kepada tidak kurang dari lapan orang ADUN pakatan rakyat semasa pergelutan di meja Speaker sekitar jam 3 petang. Tindakan Polis yang menceroboh masuk ke dalam dewan sangat memalukan generasi m,uda yang mula mengenali dunia politik yang jelas telah melanggar undang-undang telah disusuli dengan tindakan ganas kepada orang yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk menggubal undang-undang dan perkara berkaitan dalam negeri Perak di dewan tempat mereka melakukan tugas rasmi itu..

3. Jika tidak ada pencerobohan dan membenarkan pergerakan ADUN dan siapa saja untuk hadir sidang seperti biasanya, saya yakin persidangan akan berjalan dengan lancar mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan.

4. Suka saya mengigatkan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mengeruhkan sidang kelmarin samada pihak BN dan UMNO, Setiuasaha kerajaan Negeri, dan Polis bahawa peraturan dan undang-undang yang sedia ada dalam mengawal selia perjalanan sidang negeri telah ada sejak kita mencapai kemerdekaan dan diguna dengan penambah baikkan dari masa ke semasa sehingga ianya boleh memberi satu keyakinan undang-undang itu sudah cukup praktikal dan ampuh bagi melahirkan sidang yang aman dan tenteram.

5. Saya juga sangat mengesali dengan tekanan yang diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan sperti bantara dan lainnya sehingga mereka semacam telah diarahkan supaya tidak mematuhi apa-apa arahan dari Speaker Perak, V.Sivakumar yang masih sah sehingga sekarang.

6. Saya berseru kepada semua penyokong dan rakyat di kawasan ADUN Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali di kawasan DUN yang dikuasai oleh BN supaya melakukan Laporan Polis kepada kejadian 7 Mei kelmarin.

7. Harapan saya semuga semua PAS kawasan mengadakan solat hajat bagi memohon restu dan petunjuk dari Allah dalam menghadapi kemelut yang berpanjangan dalam siri tindakan dan kezaliman BN di malaysia khususnya di Perak.

8. Seruan saya juga saya sampaikan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan, marilah kita memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat bersama wadah Pakatan Rakyat. Jangan sampain BN melakukan perkara yang lebih dasyat dari peristiwa semalam . Walaupun kita sudah fikirkan peristiwa "jakun" kelmarin sudah tidak masuk akal dan sangat memalukan , jangan sampai BN bertindak lebih tidak masuk akal sesudah dari ini.

Pada; * Mei 2009

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong/
Pengerusi BBC Perak.

Thursday, May 7, 2009

Rakus tak bersopan

Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini. Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:

“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM


Bila Dewan Tak Mulia Lagi

Ampun Tuanku